Ahad, 30 April 2017

Pertama Kali Mendaftar Di Kolej Universiti Islam Selangor

Assalamualaikum kepada para pembaca sekalian. Di sini saya akan berkongsi pengalaman yang saya lalui sepanjang tempoh saya belajar di KUIS. Nama saya Aiman Hakim. Pada dasarnya, saya tidak tahu ingin melanjutkan pelajaran dalam bidang apa. Saya telah membuat permohonan melalui UPU dan mendapat tawaran yang diminta. Saya juga ada membuat permohonan untuk melanjutkan pelajaran ke KPTM, dan turut mendapat tawaran yang diminta. Saya juga pernah terdengar khabar angin mengenai KUIS yang menawarkan pengajian asasi. Bagi anda yang belum tahu apa itu asasi, asasi adalah pengajian jangka pendek di mana jika anda lulus, anda boleh terus melanjutkan pengajian in Ijazah/Degree. Oleh itu, saya amat tertarik dengan pengajian asasi yang disediakan oleh KUIS.

Maka, saya terus mengisi borang dan mendaftarkan diri pada sesi ambilan Julai. Pertama kali melangkahkan kaki ke dalam KUIS, suasana di dalamnya amat tenang. Selepas pendaftaran, maka bermulalah sesi 'Ta'aruf' atau dikenali sebagai sesi 'Orientasi'(sesi pengenalan). Sewaktu sesi orientasi berlansung di dewan yang berdekatan dengan tasik, kami dicurahkan dengan pelbagai kata-kata manis bagi membuatkan kami selesa. Saya masih ingat ayat yang diucapkan oleh pihak KUIS ketika itu. Salah satunya ialah " Jika anda mempunyai masalah dari segi facilities yang tidak cukup ataupun facilities yang rosak, anda boleh membuat aduan terus kepada pihak yang berkaitan". Ketika itu saya berasa amat selesa dengan kata-kata manis tersebut. Setelah sesi orientasi kami tamat, maka bermulalah sesi pengajian.

Kami ditempatkan di 'Qariah' iaitu asrama kecil. Saya mendapat rakan-rakan sebilik yang sangat 'sporting' ketika itu. Pada ketika itu juga, saya mendapati wall plug dibahagian dinding berdekatan dengan pintu bilik kami telah rosak kerana ada kesan terbakar and plastik wall plug tersebut telahpun cair. Jadi saya take note tentang kerosakan dan kekurangan kelengkapan di bilik kami salah satunya kipas yang tidak ada ditempatnya. Kekurangan-kekurangan ini menyebabkan saya lebih curious dan saya cuba survey bilik-bilik asrama lain mengharapkan kelengkapan bilik mereka pun sama macam kami. Ternyata ada yang lemgkap dan ada yang kurang seperti kami.

Oleh itu, kami membuat aduan tentang kerosakan dan kekurangan kelengkapan bilik, tetapi tidak ada apa-apa tindakan yang diambil selepas tempoh dua minggu. Bukan bilik kami saja yang sudah membuat aduan, malah bilik-bilik lain juga telah melakukan perkara yang sama. Bermulanya dari sini, pandangan saya terhadap KUIS terus berubah. Saya dapat melihat bertapa penipunya pihak yang tidak bertanggungjawab yang kononnya claim boleh buat aduan dan tindakan akan terus diambil. Itu semua hanyalah 'omong kosong' bagi menyedapkan hati kami para pelajar supaya tertarik dengan KUIS. Memandangkan pihak yang sepatutnya tidak melaksanakan tanggungjawab, saya membuat keputusan untuk menukar wall plug yang rosak itu sendiri. Jadi, saya pergi ke bahagian stor tengah di Qariah, dan saya menukar wall plug di stor tersebut dengan wall plug bilik kami yang rosak itu. Rakan sebilik saya menasihati saya supaya untuk tidak mengambil tindakan sendiri kerana bimbang akan keselamatan diri. Saya tidak bimbang kerana saya ada pengalaman dalam handling electrical appliances.

Ketika pengajian berlansung, pensyarah-pensyarah kesemuanya mengajar dengan penuh dedikasi, memang saya tidak nafikan. Tetapi bila masa berlalu hari demi hari, kakitangan KUIS mula buat hal. Yang pertama sekali yang saya nak mention ialah 'kakitangan front desk' KUIS. Dahlah kerani je pon, bila buat aduan dan sebagainya fuhh, dia hentam marah student. Nama je KOLEJ UNIVERSITI ISLAM SELANGOR, tapi tiada nilai Islam pon yang ditunjukkan oleh kakitangan KUIS. Ntahlah dia nak buat stress dekat tempat kerja lah bagai, gaji tu pon sedikit sebanyak dari yuran yang kami bayar. Yang peliknya kerja diorang ni bukan kena design pelantar minyak ke, bukannya kena buat produk baru ke, setakat duduk depan front desk dan sedikit paperwork lah mungkin, tapi stress tahap gorilla, dahlah perempuan pulak tu.

Yang kedua saya nak mention 'Pak Guard'. Semasa saya masih belajar di KUIS ketika itu, ada Nursing student di KUIS. Tau-tau je lah kalau nursing student ni punya baju nampak ketat. Tudung pon tak labuh ke dada. Mana nilai penerapan Islam?. Time tu KUIS amat tekankan kepada para pelajar wanita KUIS supaya memakai tudung labuh dan tidak boleh pakai 'seluar'. So bila cakap seluar ni, rasanya apa-apa seluar kot yang tak boleh dipakai oleh kaum hawa. Kenapa saya cakap begitu, sebab sudah beberapa kali saya nampak pak guard suruh perempuan yang nak keluar dari pagar KUIS untuk tukar seluar yang mereka pakai, dia suruh pakai kain. Pada pandangan saya, seluar yang diorang pakai itu memang jenis Muslimah punya dan tidak ketat pon. Bila nursing student lalu je depan pak guard, pak guard diam je, what the fish!!!. Baju ketat seluar ketat, dia biar je.

Yang ketiga, saya nak mention 'Spy KUIS'. Rasanya siapa yang duduk dekat KUIS tau-tau je lah, memang KUIS ni ada spy dia. Tak payahlah dok busybody hal orang lain. Kononnya spy ni berperanan untuk mengintip student KUIS yang mungkin berdating or sebagainya. Rasanya tak perlulah kot nak acah-acah JAIS kalau nilai Islam itu sendiri tidak diterapkan dekat kakitangan KUIS. Di sini saya menyatakan kakitangan KUIS, saya tidak bermaksud pensyarah dan pihak masjid. Pensyarah dan ahli masjid memang bagus. Mereka melakukan tugas mereka dengan baik sekali.